HAPPY BANDACAYA DAY & PERASMIAN ISO EMS 14001:2004 (ENVIRONMENTAL MANAGEMENT SYSTEM) [ 28-02-2010 ]
Dalam usaha menyahut seruan kerajaan dalam memelihara kehijauan alam sekitar Bandacaya Group telah menjalani kursus dan latihan berkaitan pemeliharaan alam sekitar. Setelah beberapa bulan, Bandacaya Group berjaya mendapatkan ISO EMS 14001:2004. Majlis perasmiannya telah diadakan pada 28hb. Februari, 2010 di Wisma Bandacaya yang dilakukan oleh Y.B. Tuan Shuhaimi Bin Hj. Shafiei. Selain dari itu majlis ini bertujuan meraikan pembeli-pembeli sebagai hari HAPPY BANDACAYA DAY dengan memberikan diskaun baucer bernilai RM5000, RM3000 dan RM 2000. Bandacaya juga tidak pernah ketinggalan dalam setiap majlisnya untuk memberikan sumbangan kepada badan-badan kebajikan serta golongan yang memerlukan. Kali ini sumbagan telah diberikan kepada Bengkel Daya Klang berupa cek bernilai RM1,000.00. Dato' David Lai turut memberikan sumbangan peribadi beliau kepada Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (PERKIB) dalam bentuk barangan iaitu sebuah peti sejuk dan alat penghawa dingin. Turut diadakan acara makan yee sang bersama para tetamu sempena menyambut Tahun Baru Cina.
|